Kelas Asas Microsoft Office (Word & PowerPoint)

20 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Disember 2019, telah berlangsungnya kelas asas Microsoft Word dan PowerPoint di bilik latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak. Seramai 6 orang peserta telah menyertai kelas ini yang diadakan selama 4 jam bermula jam 10.45 pagi – 12.45 tengah hari dan disambung sebelah petang bermula jam 3.00 petang – 5.00 petang.

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang asas penggunaan Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint. Para peserta juga dapat memahirkan diri menggunakan papan kekunci dan tetikus. Para peserta dapat mengetahui asas membuat buku skrap dan carta organisasi. Peserta juga dapat belajar bagaimana untuk menyimpan gambar ke dalam computer dan menggunakannya di dalam Microsoft Word dan PowerPoint.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali